Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan Sony Xperia 1 III kini di buka – RM 5,799 & percuma Sony WF-1000XM3

Sony secara rasminya telah membuka pra-tempahan bagi Sony Xperia 1 III melalui stor atas talian rasmi Sony Malaysia.

Seperti yang kami laporkan semalam, Sony Xperia 1 III akan ditawarkan pada harga RM 5,799 dan setiap pra-tempahan akan turut menerima TWS Sony WF-1000XM3 bernilai RM 849 secara percuma.

Promosi ini akan ditawarkan mulai 15 Julai sehingga 15 Ogos dan Sony juga telah mengesahkan bahawa penghantaran Xperia 1 III akan bermula dari 20 Ogos.

Selain itu, Sony Xperia 1 III ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Frosted Purple dan Frosted Black.

Bagi anda yang berminat, kunjungi stor atas talian rasmi Sony Malaysia sekarang untuk membuat pra-tempahan.

Dalam pada itu, Sony Malaysia masih belum membuka pra-tempahan bagi Xperia 5 III (RM 4,599) dan Xperia 10 III (RM 1,999).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.