Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Earbuds 2 Lite dilabelkan ‘Peneman Penstriman Muzik Terbaik’ oleh JOOX – berharga RM 269 sahaja


HONOR Earbuds 2 Lite yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini telah 
dinobatkan sebagai fon telinga terbaik oleh JOOX.

HONOR Earbuds 2 Lite merupakan earbuds TWS terbaru dari syarikat ini yang mengetengahkan tiga ciri utama iaitu jangka hayat bateri sehingga 32 jam, ciri ANC dan sokongan pengecasan pantas.

Honor Earbuds 2 Lite hadir dalam reka bentuk yang kompak, bergaya dan ergonomik, fon telinga ini sesuai dipakai untuk tempoh yang lama.

Fon telinga ini juga dipadankan dengan bateri berkapasiti besar dan penggunaan tenaga rendah agar penggemar muzik boleh menikmati muzik sehingga 32 jam dengan satu pengecasan penuh.

JOOX mempunyai 40 juta koleksi muzik dan ini memberi pengalaman menstrim muzik  pada bila-bila masa di mana sahaja.

Teknologi ANC memberi pengalaman pendengaran lebih baik dan jelas

Teknologi ANC HONOR Earbuds 2 Lite berupaya mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 22 desibel(dB), sekaligus memberi pengalaman mendengar muzik dengan audio jelas kepada pendengar apabila menikmati lagu kegemaraan.

Ini memberi pengalaman mendengar yang berkualiti. Tak kira di mana anda berada, sama ada menunggu tren, berbaris untuk membeli kopi atau di rumah memikirkan lagu hit terbaru di JOOX, HONOR Earbuds 2 Lite dapat menghalang bunyi bising persekitaran untuk andamendalami’ dunia muzik.

Dwi mikrofon, anti bunyi angin dan penerimaan lebih jelas

HONOR Earbuds 2 Lite di pasangkan teknologi dwi mikrofonyang berupaya mengesan suara manusia. Menggunakan struktur anti laluan angin, HONOR Earbuds 2 Lite dapat mengurangkan bunyi angin supaya suara lebih jelas di dengar.

Dengan HONOR Earbuds 2 Lite, anda boleh mencipta bunyi sendiri seperti pakar audio dan menghasilkan rakaman berkualiti tinggi. Ciri-ciri ini sesuai untuk sesi karaoke.

Anda hanya perlu memakai fontelinga, membuka JOOX dan menyanyi sepuas hati di rumah.

DigelarPeneman Penstriman Muzik Terbaik oleh JOOX, HONOR Earbuds 2 Lite dijual pada harga RM299 dan kini ditawarkan pada harga Early Bird sebanyak RM269.

Sebagai tambahan, pembeli berpeluang menikmati langganan VIP JOOX selama 3 bulan dengan baucar bernilai RM56.70. Ahli VIP JOOX berpeluang menikmati akses tanpa had ke lebih 40 jutakoleksi muzik, tiada gangguan iklan, memuat turun lagu tanpahad, dengar lagu ‘offline’ serta muzik dengan kualiti Hi-Fi. Baucer adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Sehingga 15 Julai 2021, kunjungi platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Malaysia Official Store, Senheng Online Store dan Stor HONOR Berdaftar di seluruh negara untuk menikmati diskaun Early Bird bernilai RM85!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.