Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable Honor akan memiliki skrin paparan utama 8.0-inci


Selepas melancarkan telefon pintar Honor 50 Series bulan lalu, Honor kini telah mengalihkan perhatian kepada pembangunan telefon pintar foldable pertama syarikat.

Menurut Digital Chat Station, telefon pintar foldable Honor ini akan memiliki skrin paparan utama berukuran 8.0-inci manakala skrin paparan kedua akan memiliki ukuran 6.5-inci.

Selain itu, panel skrin bagi telefon pintar foldable Honor ini akan dibekalkan oleh BOE yang merupakan pengeluar panel skrin terbesar di China dan syarikat ini kini sedang membangunkan teknologi baharu lapisan ‘ultra-thin flexible glass’ untuk melindungi skrin yang anjal dam rapuh.

Buat masa sekarang masih belum ada sebarang maklumat bila Honor akan melancarkan telefon pintar foldable ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.