Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia 1 III akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,799 – Xperia 5 III pula RM 4,599


Sony Mobile secara rasminya telah mendedahkan harga jualan bagi peranti flagship Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III di Malaysia namun ianya masih disenaraikan sebagai ‘available soon’ di laman rasmi Sony Malaysia.

Sony Xperia 1 III akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,799 iaitu bagi varian 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Sony Xperia 1 III akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Frosted Purple dan Frosted Black dan ianya dijangka akan ditawarkan di Malaysia pada penghujung bulan ini.

Selain itu, Sony Xperia 5 III pula akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,599 iaitu bagi varian 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Sony Xperia 5 III ini pula akan ditawarkan didalam satu pilihan warna iaitu hijau dan ianya dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Ogos 2021.

Dalam pada itu, satu lagi model Sony yang akan turut ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi iaitu sekitar bulan September 2021 adalah Sony Xperia 10 III dan ianya akan hadir dengan harga yang lebih berpatutan iaitu RM 1,999 iaitu bagi varian 6GB RAM/128GB storan dalaman.

Untuk mengetahui lanjut mengenai Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III, anda boleh membaca laporan pelancaran telefon pintar ini.

Tonton video pengenalan rasmi Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III di bawah :

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.