Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship 9
Sony secara rasminya telah memperkenalkan tiga telefon pintar baharu pada Xperia Event malam tadi dan dua daripada model tersebut adalah peranti flagship Xperia 1 III dan Xperia 5 III.

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship 10
Sony Xperia 1 III

Sony Xperia 1 III hadir dengan skrin paparan 4K OLED berukuran 6.5-inci dengan aspek ratio 21:9 untuk pengalaman visual cinematik dan panel ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz serta HDR.

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship 11
Sony Xperia 5 III

Sony Xperia 5 III pula hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.1-inci dengan resolusi FHD (21:9) namun masih menawarkan kadar segar semula 120Hz dan HDR.

Selain itu, Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III hadir dengan cip Snapdragon 888 dimana Xperia 1 III dipadankan dengan 12GB RAM bersama-sama dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.

Seterusnya, Xperia 5 III pula ditawarkan dengan 8GB RAM juga bersama-sama dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship 12

Kedua-dua telefon pintar Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III menampilkan penggunaan tiga sensor 12MP iaitu sensor utama 12MP f/1.7 dengan OIS, sensor Ultrawide 12MP f/2.2 yang juga mempunyai pemfokusan auto dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan kadar zoom optik 2.9x dan 4.4x selain aperture yang boleh ditetapkan pada kadar f/2.3 atau f/2.8. Xperia 1 III juga mempunyai tambahan sensor 3D iToF.

Selain itu, kadar zoom digital kini mencapai jarak 300mm dan Sony memberikanya nama AI super resolution zoom.

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship 13
Kamera Sony Xperia 5 III kehilangan sensor 3D iToF

Selain itu, kamera kedua-dua model flagship Xperia ini juga memiliki lensa ZEISS dengan T coating, pemfokusan auto real-time Eye, Optical SteadyShot dan rakaman video 4K pada 120fps. Kamera selfie adalah 8MP

Beralih kepada bateri, Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III memiliki bateri yang sama iaitu 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W dan Sony juga menjanjikan sehingga 3 tahun jangka hayat bateri yang baik.

Dalam pada itu, Sony Xperia 1 III juga mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar.

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship 14

Akhir sekali, Sony Xperia 1 III tampil dengan lapisan gelas keselamatan Gorilla Glass Victus pada bahagian hadapan manakala pada bahagian belakang terdapat lapisan gelas Gorilla Glass 6. (Xperia 5 III menggunakan gelas Gorilla Glass 6 dibahagian hadapan dan belakang).

Sony Xperia 1 III dan Xperia 5 III kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan kamera kelas flagship 15

Kedua-dua telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP65/68.

Sony Xperia 1 III akan ditawarkan didalam warna Frosted Black, Frosted Gray dan Frosted Purple manakala Xperia 5 III pula ditawarkan didalam warna Black, Green dan Pink.

Harga Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III masih belum diumumkan.

Tonton video pengenalan rasmi Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III di bawah :

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.