Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem Operasi Android 12 akan membolehkan anda bermain permainan video ketika sedang di muat turun

Google baru sahaja mengumumkan Android Game Development Kit yang membolehkan pembangun aplikasi menggunakan ciri-ciri yang lebih maju dan juga menyelaraskan proses kerja mereka tanpa perlu beralih antara aplikasi pembangun yang berbeza.

Apa yang lebih menarik adalah, Google berkata bahawa Android 12 membolehkan anda bermain permainan video tersebut walaupun ketika ianya sedang dimuat turun.

Ciri ini semestinya amat berguna bagi permainan video yang bersaiz besar dan ciri ini telah pun ditawarkan pada beberapa platform permainan video seperti Battle.net dan EA Origin Access.

Lebih-lebih lagi, membawakan ciri ini kepada pengguna Android menggunakan Google Play Store adalah sesuatu yang menarik namun ciri ini hanya untuk permainan video yang menggunakan Play Asset Delivery system.

Selain itu, Android Game Development Kit juga menawarkan sokongan kepada pelbagai versi Android dan akan dikemaskini untuk menyokong versi Android yang baharu pada masa hadapan. Pembangun aplikasi juga boleh memantau prestasi permainan video mereka dengan mengawasi prestasi CPU dan GPU.

Android 12 akan mula ditawarkan kepada pengguna telefon pintar Android yang layak tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.