Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Seramai 204 petugas PPV IDCC Shah Alam di sahkan positif Covid-19

Seramai 204 petugas PPV IDCC Shah Alam di sahkan positif Covid-19 7
Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) iaitu Khariy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa seramai 204 petugas PPV IDCC Shah Alam telah disahkan positif Covid-19.

Pengesahan ini dibuat susulan daripada penutupan sementara PPV IDCC pada 13 Julai 2021 untuk melakukan kerja-kerja sanitasi dijalankan dan temujanji pada tarikh ini akan diberikan didalam tempoh yang terdekat.

Selain itu, kesemua 204 petugas PPV IDCV ini telah disahkan positif selepas menjalani ujian Covid-19 pada 10 Julai yang lalu dan sebagai langkah berjaga-jaga, CITF menyarankan supaya mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 9 hingga 11 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan Covid-19.

Seramai 204 petugas PPV IDCC Shah Alam di sahkan positif Covid-19 8
Selain itu, PPV IDCC akan kembali beroperasi mulai esok dan Khairy Jamaluddin menyeru orang ramai untuk hadir ke temu janji mereka di PPV ini seperti biasa.

Seramai 204 petugas PPV IDCC Shah Alam di sahkan positif Covid-19 9

Dalam pada itu, sebanyak 421,479 dos vaksin Covid-19 telah diberikan semalam yang merupakan jumlah tertinggi sejak program PICK bermula dan daripada jumlah itu 264,034 adalah suntikan dos pertama manakala 157,445 adalah suntikan dos kedua.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.