Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 10T 5G akan dilancarkan pada 20 Julai ini


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Redmi Note 10T 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai ini di pasaran India.

Walaubagaimanapun, telefon pintar ini dilihat  sebagai model Redme Note 10 5G yang dijenama semula khusus untuk pasaran India.

Xiaomi Redmi NoteT 10 5G dijangka hadir dengan skrin paparan 90Hz DotDisplay berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Dimensity 700, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB jenis UFS 2.2.

Xiaomi Redmi Note 10T 5G juga akan hadir dengan sensor utama 48MP, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP.

Selain itu, Redmi Note 10T 5G dijangka memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan sokongan dwi-SIM 5G.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.