Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Permohonan pengeluaran i-Citra kini dibuka – berikut adalah cara untuk memohon

Permohonan pengeluaran i-Citra kini dibuka - berikut adalah cara untuk memohon 1

Permohonan pengeluaran i-Citra kini dibuka - berikut adalah cara untuk memohon 2
KWSP telah mengumumkan pembukaan permohonan pengeluaran i-Citra mulai 12 Julai di laman icitra.kwsp.gov.my iaitu 3 hari lebih awal daripada tarikh asal.  (permohonan juga boleh dibuat melalui aplikasi i-Akaun KWSP yang tersedia untuk pengguna Android dan iOS).

Selain itu, untuk memudahkan proses permohonan i-Citra ini, ahli KWSP yang membuat permohonan dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi menerima kod One-Time Password (OTP) dan akaun bank yang masih aktif.

Pengeluaran i-Citra membolehkan ahli KWSP yang layak membuat pengeluaran simpanan KWSP dengan jumlah maksimum RM 5,000 namun ianya tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 pemohon.

Permohonan i-Citra yang diluluskan akan menerima bayaran secara beransuran sehingga 5 kali bayaran dengan jumlah RM 1,000 sebulan dan pembayaran pertama akan mula dikreditkan ke dalam akaun mulai Ogos 2021.

Pengeluaran i-Citra ini diumumkan ketika pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 28 Jun yang lalu dan ini merupakan pengeluaran susulan dari i-Lestari (RM 500 sebulan x 6) dan i-Sinar.

maklumat lanjut mengenai i-Citra di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

Tarikh tutup permohonan i-Citra adalah pada 30 September 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.