Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Pro 11-inci juga akan menggunakan panel skrin mini LED pada tahun 2022


Menurut penganalisa Ming Chi Kuo, paparan mini-LED akan digunakan pada iPad Pro 12.9-inci dan 11-inci pada tahun hadapan.

Selain itu, dalam nota kepada pelabur, Kuo juga berkata juga bahawa sebuah komputer riba MacBook juga akan hadir dengan skrin paparan mini-LED pada tahun 2020.

Panel mini-LED telah digunakan buat pertama kali pada Apple iPad Pro 12.9 yang dilancarkan pada April yang lalu dan teknologi skrin yang baharu ini akan diperluaskan pada model iPad Pro 11-inci bagi tahun 2022.

Akhir sekali, Bloomberg juga melaporkan bahawa sedang menguji kemungkinan menggunakan panel belakang berasaskan gelas pada iPad Peo tahun hadapan dan ini mungkin membolehkan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar.

sumber : MacRumors

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.