Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Pocket 2 kini ditawarkan dalam warna Sunset White – harga dari RM 1,549

DJI Pocket 2 kini ditawarkan dalam warna Sunset White - harga dari RM 1,549 9
DJI secara rasminya telah mengumumkan penawaran DJI Pocket 2 didalam warna 
Sunset White di pasaran Malaysia.

Sunset White terhasil dengan gabungan warna merah jambu, ungu dan putih kristal.

DJI Pocket 2 adalah generasi kedua Osmo Pocket yang popular dengan menggabungkan reka bentuk kreatif dan ciri prestasi yang luar biasa.

DJI Pocket 2 kini ditawarkan dalam warna Sunset White - harga dari RM 1,549 10

Para pengguna kini dapat merakam vlog kehidupan seharian mereka dengan mudah dan mencipta kandungan tahap profesional.

Dengan berat hanya 117g, Pocket 2 Sunset White amat sesuai untuk disimpan dalam poket seluar pendek, beg pantai atau beg tangan anda.

Ia boleh digunakan untuk merakam detik-detik manis pengembaraan anda sehingga 140 minit.

DJI Pocket 2 kini ditawarkan dalam warna Sunset White - harga dari RM 1,549 11

sejak dilancarkan, DJI Pocket 2 kini tampil dengan  peningkatan pada autofokus, penambahan HDR Video, tracking yang lebih baik dan banyak lagi.

DJI Pocket 2 juga dilengkapi  dengan gimbal 3 paksi, kamera 4K, sensor yang lebih besar, dan lensa yang lebih luas, Pocket 2 Sunset White dapat menghasilkan kualiti gambar yang hebat dalam mod foto dan video berbanding generasi sebelum ini.

Sistem DJI Matrix Stereo yang baru ditambahkan terdiri daripada empat mikrofon yang diletakkan secara strategik jauh dari pegangan tangan DJI Pocket 2 untuk memastikan bunyi rakaman yang mantap.

DJI Pocket 2 juga tampil dengan mod pra-program pintar seperti Pro Mode, ActiveTrack 3.0, Slow Motion, Timelapse, Panorama dan live streaming.

Kombo DJI Pocket 2 Sunset White kini boleh didapati secara eksklusif dalam talian di stor rasmi DJI  di Shopee dan Lazada.

Kombo Sunset White merangkumi Pocket 2, alat kawalan mini, alat penutup, pemegang do-it-all, adapter telefon pintar, kabel kuasa, tali pegangan tangan dan tali sling untuk pada harga RM 1,939 (hanya RM 1,549 jika beli Pocket 2 sahaja).

DJI Pocket 2 kini ditawarkan dalam warna Sunset White - harga dari RM 1,549 12Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, DJI Malaysia akan mengadakan peraduan atas talian, Stay Creative with DJI bermula 8 Julai 2021 hingga 7 Ogos 2021 di laman Facebook DJI Malaysia – untuk menggalakkan orang ramai untuk merakam video menarik di rumah dengan kreativiti mereka sendiri.

Peserta berpeluang memenangi Pocket 2 Sunset White yang terkini dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

1. Like laman web Facebook dan Instagram DJI Malaysia
2. Muat naik video kreatif di Facebook anda
3. Hashtag #djimyofficial #djipocket2 #StayCreativewithDJI dan tag 3 rakan untuk menyertai pertandingan tersebut
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.