Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix Hot 10S kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja

Infinix Hot 10S kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja 15
Infinix Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan Infinix Hot 10S ke pasaran tempatan dan ianya akan ditawarkan mulai 13 Julai ini pada harga dari RM 499 sahaja.

Infinix Hot 10S hadir dengan skrin paparan 90Hz IPS TFT berukuran 6.82-inci dengan resolusi HD+, 
pemproses MediaTek Helio G85, 4GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Infinix Hot 10S kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja 16
Selain itu, Infinix Hot 10S hadir dengan tetapan tri-kamera 48MP yang juga disertakan dengan satu sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Infinix Hot 10S kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja 17
Beralih kepada bateri, Infinix Hot 10S hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang disertakan dengan teknologi Safe Charge namun tidak dapat dipastikan apakah output pengecasa yang ditawarkan.

Lain-lain ciri Infinix Hot 10S adalah mod game Dar-Link, antaramuka XOS 7.6 yang berasaskan Android 11 dan sensor capjari dibelakang.

Infinix Hot 10S kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja 18

Infinix juga telah berkerjasama dengan  Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi mengeluarkan case edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB.

Infinix Hot 10S kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja 19

Harga jualan Infinix Hot 10S di Malaysia adalah seperti berikut :

Infinix Hot 10S 4/64GB – RM 499

Infinix Hot 10S 4/128GB – RM 549

Infinix Hot 10S akan ditawarkan mulai 13 Julai ini secara eksklusif di stor rasmi Infinix di Shopee

Infinix Hot 10S kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja 20Infinix Hot 10S kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja 21

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.