Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 2 5G disahkan akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200-AI yang direka khas


OnePlus secara rasminya telah memgesahkan bahawa OnePlus Nord 2 5G akan menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cipset flagship terbaru MediaTek iaitu Dimensity 1200-AI.

OnePlus telah berkerjasama dengan MediaTek untuk membangunkan ciri dan kegunaan AI pada cip pemprosesan yang digunakan pada OnePlus Nord 2 5G dan bagi mempamerkan kebolehan AI cipset ini, MediaTek telah memberikan nama Dimensity 1200-AI supaya ianya dapat dibezakan dari Dimensity 1200 yang biasa.

Selain itu, AI dijangka memainkan peranan yang lebih mendalam pada OnePlus Nord 2 5G, antaranya adalah pengalaman kamera premium yang dikuasakan AI, teknologi skrin paparan dengan seperti AI Color Boost dan AI Resolution Boost serta pengalaman gaming yang lebih baik.

OnePlus Nord 2 5G dijangka akan dilancarkan pada 22 Julai ini dan telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.