Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Earbuds 2 Lite kini ditawarkan di Malaysia – pra-tempahan kini dibuka pada harga RM 269


Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa TWS terbaru syarikat ini iaitu Honor Earbuds 2 Lite kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga ‘early bird’ bernilai RM 269 sahaja.


Honor Earbuds 2 Lite hadir dengan reka bentuk ergonomik yang sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 32 jam yang mana pengecasan selama 10 minit sahaja membolehkan pengguna menikmati muzik selama 4 jam.

Selain itu, Honor Earbuds 2 Lite juga hadir dengan ciri pembatalan Active Noise Cancellation (ANC) yang membantu mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 22 desibel (dB).

Honor Earbuds 2 Lite kini boleh di pra-tempah di platform e-dagang Stor flagship Honor di Lazada , Stor flagship HONOR Malaysia di Shopee, Senheng Online Store dan Stor HONOR Berdaftar.

Setiap pembelian Honor Earbuds 2 Lite didalam tempoh pra-tempahan (sehingga 15 Julai ) juga akan menerima langganan pelan VIP JOOX selama 3 bulan dengan baucar bernilai RM56.70

Honor Earbuds 2 Lite akan ditawarkan didalam warna Glacier White iaitu pada harga RM 299 (harga selepas tempoh pra-tempahan).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.