Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds 4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

HUAWEI FreeBuds 4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 9HUAWEI secara rasminya telah melancarkan TWS terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI FreeBuds 4 ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan cip Kirin A1 dan reka bentuk yang sama seperti FreeBuds 3.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488

HUAWEI FreeBuds 4 hadir dengan 14.3mm dynamic driver dan terdapat tiga mikrofon untuk panggilan suara dan pembatalan ANC.

HUAWEI FreeBuds 4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 10
Bercakap mengenai pembatalan bunyi ANC, ianya mampu mengurangkan sehingga 25dB bunyi persekitaran.

Selain itu, FreeBuds 4 juga hadir dengan Bluetooth 5.2 yang menyokong sambungan pada 2 peranti serentak, mod clear voice untuk vlogger dan low latency 90ms khusus untuk sesi gaming.

HUAWEI FreeBuds 4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 11

Beralih kepada bateri, FreeBuds 4 menawarkan sehingga 4 jam pendengaran pada earphone sahaja manakala dengan pengecasan, anda boleh menikmati sehingga 22 jam pendengaran.

Selain itu, 15 minit pengecasan juga mampu memberikan anda sehingga 2.5 jam pendengaran dan anda juga boleh mengecas bekas ini menggunakan USB-C atau pengecas tanpa wayar Qi.

HUAWEI FreeBuds 4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 12
HUAWEI FreeBuds 4 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Ceramic White dan Silver Frost pada harga RM 599.

pra-tempahan HUAWEI FreeBuds 4 akan dibuka mulai 7 Julai HUAWEI Store Online, Lazada , Shopee dan Sengheng

Setiap pembelian HUAWEI FreeBuds 4 juga akan menerima HUAWEI Band 4 bernilai RM 139 secara percuma.

HUAWEI Nova 8i kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 – Quad-Kamera AI 64MP & Pengecasan Pantas 66W

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.