Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 21
Huawei secara rasminya telah melancarkan HUAWEI MateView dan HUAWEI MateView GT ke pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga dari RM 2,488.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 22
HUAWEI MateView

Monitor ini hadir reka bentuk yang rata iaitu panel 4K FullView IPS LCD 60Hz berukuran 28.2-inci yang menawarkan resolusi 3,840 x 2,560 piksel.

Selain itu, panel skrin ini juga menawarkan kadar kecerahan maksima 500nits dan ianya juga mempunyai pensijilan DisplayHDR 400.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 23
HUAWEI MateView juga mempunyai slot USB yang menerima input Video dan menyokong pengecasan 65W.

Selain itu, monitor ini juga mempunyai perisian OneHop Projection yang bermaksud anda boleh melakukan screen mirroring tanpa memerlukan sebarang kabel namun ianya hanya untuk peranti HUAWEI yang mempunyai cip Kirin 980 dan EMUI 12.0 dan ke atas.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 24

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki HUAWEI MateView adalah DisplayPort, 2 port USB-A 3.0, 2 pembesar suara 5W, 2 mikrofon dan bicu audio 3.5mm.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 25

HUAWEI MateView akan ditawarkan pada harga RM 2,988 di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Stores, Lazada, Shopee dan Senheng.

Setiap pembelian HUAWEI MateView juga akan menerima rebat tunai bernilai RM 100 dan HUAWEI WIFI AX3 Dual Core bernilai RM 199.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 26

HUAWEI MateView GT

HUAWEI MateView GT adalah monitor gaming LCD melengkung berukuran 34-inci yang hadir dengan kadar segar semula 165Hz dengan ciri gaming seperti Crosshairs dan Dark Field Control.

Monitor gaming pertama HUAWEI ini mempunyai resolusi 3,440 x 1,440 piksel dan tahap lengkungan 1500R.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 27

Selain itu, HUAWEI MateView GT juga menawarkan kadar kecerahan 350nits dan kontras 4,000:1 serta sokongan HDR10.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 28Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 29

HUAWEI MateView GT juga mempunyai satu DisplayPort 1.4, dua slot HDMI 2.0, 2 USB-C(satu sebagai input kuasa), sound bar dengan 2 speaker stereo 2.5W dan dua mikrofon.

Ketinggian monitor ini boleh dilaras sebanyak 110mm manakala sudut juga boleh dilaras antara -5º-20º.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT dan MateView kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,488 30

Huawei MateView GT akan ditawarkan pada harga RM 2,488 dan setiap pembelian juga akan menerima rebat tunai bernilai RM 100 dan HUAWEI WIFI AX3 Dual Core bernilai RM 199.

HUAWEI MateView GT akan ditawarkan di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Stores,Lazada dan Shopee

HUAWEI Nova 8i kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 – Quad-Kamera AI 64MP & Pengecasan Pantas 66W

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.