Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip 4nm Snapdragon 895 akan dikilangkan oleh Samsung – prestasi yang lebih berkuasa

Cip 4nm Snapdragon 895 akan dikilangkan oleh Samsung - prestasi yang lebih berkuasa 3
Qualcomm telah beralih kepada Samsung bagi pembuatan cip 5nm Snapdragon 888 pada tahun ini selepas cip 7nm Qualcomm Snapdragon 865 dikilangkan oleh TSMC.

Dalam pada itu, Qualcomm juga telah melancarkan cip Snapdragon 888+ baru-baru ini dan ianya masih dikilangkan oleh Samsunh.

Walaubagaimanapun, perkara ini dilihat bakal berubah tahun hadapan dimana Qualcomm Snapdragon 895 akan dikilangkan oleh Samsung manakala Snapdragon pula akan dikilangkan oleh TSMC namun kedua-duanya adalah menggunakan proses fabrikasi 4nm.

Kedua-dua cip 4nm dijangka akan menawarkan prestasi yang lebih baik namun setakat ini tiada sebarang nombor didedahkan.

Selain itu, pelancaran Snapdragon 895 dijangka akan berlangsung pada penghujung tahun ini manakala Snapdragon 895+ pula akan ditawarkan kepada OEM 6 bulan selepas itu.

Sebab kenapa Qualcomm terpaksa beralih kepada Samsung bagi pembuatan cip Snapdragon 888 adalah kerana tindakan Apple yang membeli hampir keseluruhan bekalan cip 5nm daripada TSMC untuk Apple A14 dan Apple M1.

Walaubagaimanapun, Apple dilaporkan akan menggunakan cip 4nm untuk Apple A15 yang akan digunakan pada iPhone dan cip 3nm untuk Apple iPad.

Selain itu, Samsung juga akan mengeluarkan cip 4nm pada Exynos 2200 yang akan menjadi cipset pertama untuk hadir dengan GPU AMD RDNA.

sumber : GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.