Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia 7.7 Sale akan berlangsung di Shopee pada 5-7 Julai ini


HONOR Malaysia bakal menawarkan
 promosi berbaloi kepada pengguna yang mencari komputer riba dan peranti wearable menerusi jualan 7.7 Shopee yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Julai 2021.

Pembeli berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM280 bagi pembelian komputer riba, jam kecergasan dan jam tangan pintar.

Bagi setiap pembelian peranti tersebut pada jualan 7.7 Shopee, pembeli juga akan mendapat hadiah percuma, namun stok adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Honor MagicWatch 2

HONOR Malaysia menawarkan diskaun bernilai RM100 dan payung percuma dengan pembelian  HONOR MagicWatch 2 42mm Agate Black(RM 499), HONOR MagicWatch 2 46mm Charcoal Black (RM 549) dan HONOR MagicWatch 2 46mm Flax Brown (RM 599).


HONOR Band 6 –
Skrin lebih besar, pengecasan pantas dan bateri tahan selama 14 hari

Honor Band 6 akan ditawarkan pada harga RM 169 sahaja iaitu RM 20 lebih murah berbanding harga jualan rasmi.

Selain itu, setiap pembelian Honor Band 6 juga akan menerima botol Thermos secara percuma.

HONOR Band 6 boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Baca ULASAN : Honor Band 6 – Jam Kecergasan yang Menyokong Bacaan SpO2 dan Heart Rate 24/7

Siri HONOR MagicBookPerlindungan mata, daya ketahanan, kompak dan berkuasa

Honor juga menawarkan promosi menarik bagi tiga model komputer riba Honor MagicBook seperti yang disenaraikan dibawah:

HONOR MagicBook Pro – RM 3,319 – Beg galas dan Tetikus Bluetooth


HONOR
MagicBook 15 – RM 3,679 – percuma Beg galas dan tetikus Bluetooth

HONOR MagicBook X 15 i5 – RM 2,899 –  percuma Beg galas, tetikus Bluetooth dan flask Thermos.

HONOR MagicBook X 15 i3 – RM 2,299 – Beg galas dan flask Thermos.

Kunjungi https://bit.ly/HONORShopee77Sale untuk membuat pembelian sekarang

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.