Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengurus Produk HMD mengesahkan telefon pintar flagship Nokia akan dilancarkan pada bulan November


HMD dilihat mempunyai kesukaran untuk melancarkan sebuah telefon pintar flagship yang betul-betul mampu menarik minat pengguna.

Dari Nokia 9 PureView hingga Nokia 9.3 PureView, telefon pintar flagship boleh dikatakan tidak memberikan sebarang kesan kepada pasaran telefon pintar flagship global.

Walaubagaimanapun, ITHome melaporkan bahawa HMD bakal melancarkan telefon pintar flagship 5G pada 11 November di China yang bersempena dengan kempen jualan terbesar di China iaitu Singles Day dan perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengurus Produk HMD China iaitu Zhang Yucheng.

Telefon pintar ini mungkin hadir dengan skema penamaan yang baru memandangkan Nokia telah beralih daripada penggunaan nombor kepada siri X yang mewakili siri flaghsip daripada Nokia.

Berdasarkan khabar angin sebelum ini, telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1440p+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz, sensor kamera 108MP, cip Snapdragon S775 dan bateri berkapasiti 6,000mAh.

Akhir sekali, kita masih beberapa bulan lagi sebelum pelancaran dan mungkin banyak yang boleh berubah mengenai telefon pintar flagship Nokia yang akan datang ini.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.