Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pakej PEMULIH – Pengeluaran KWSP i-Citra bernilai RM 5,000 & Moratorium Pinjaman Bank 6 bulan kepada semua peminjam diumumkan


Pakej PEMULIH – Pengeluaran KWSP i-Citra bernilai RM 5,000 & Moratorium Pinjaman Bank 6 bulan kepada semua peminjam diumumkan

Susulan daripada lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, Perdana Menteri telah memgumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat menangani wabak Covid-19.

Dua bantuan utama yang diumumkan adalah pengeluaran KWSP i-Citra dan moratorium pinjaman bank automatik kepada semua peminjam selama 6 bulan.

i-Citra

KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i- Citra diicitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.


Moratorium Pinjaman Bank

moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.