Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jumlah Jualan Honor 50 Series melebihi RM 324 juta dalam masa 60 saat sahaja


Selepas dilancarkan minggu lalu, Honor 50 Series telah mula ditawarkan dipasaran China dan prestasi jualan telefon pintar flagship Honor ini adalah amat memberangsangkan.

Honor telah mengumumkan bahawa didalam masa 60 saat selepas jualan dibuka, syarikat ini telah berjaya mencapai jumlah jualan bernilai CNY 500 juta (RM 321 juta) bagi Honor 50 Series.

Selain itu, Honor 50 Series juga telah disahkan akan memasuki pasaran antarabangsa didalam masa terdekat dan ianya akan hadir lengkap dengan Google Mobile Services yang dilihat satu ciri wajib peranti Android kepada pengguna antarabangsa.

Dalam pada itu, Honor Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Honor 50 Series akan memasuki pasaran Malaysia namun sehingga kini masih belum ada sebarang tarikh diumumkan.

ketahui spesifikasi Honor 50 Series dengan membaca pautan dibawah :

Honor 50 Pro & Honor 50 kini rasmi dengan Skrin OLED 120Hz, Snapdragon 778G & Pengecasan 100W

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.