Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab A7 Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 – peranti PdPR mampu milik


Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy Tab A7 Lite ke pasaran Malaysia dan ianya kini ditawarkan pada harga RM 699.

Sebagai tablet termurah dari Samsung, Galaxy Tab A7 Lite adalah sebuah peranti bajet yang boleg digunakan untuk pembelajaran secara online (PdPR).

Samsung Galaxy Tab A7 Lite hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 8.71-inci dengan resolusi 1340 x 800.

Selain itu, Samsung Galaxy A7 Lite hadir dengan pemproses MediaTek Helio P22T, GPU PowerVR GE8320, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Dari segi kamera, Galaxy Tab A7 Lite juga memiliki satu sensor 8MP dibahagian belakang dan satu sensor 2MP dibahagian hadapan untuk panggilan video dan selfie.

Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy A7 Lite ini adalah bateri berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan pantas 15W, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan bicu audio 3.5mm.

Samsung Galaxy Tab A7 Lite kini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Gray dan Silver pada harga RM 699 sahaja.

Selain itu, bagi setiap pembelian Samsung Galaxy  Tab A7 Lite ini, anda akan menerima clear cover bernilai RM 89 dan 6 bulan langganan 108 eBuku Snap Learn bernilai RM 225. (Bagi pembelian sebelum 31 Julai 2021).

Beli Samsung Galaxy Tab A7 Lite di Samsung e-store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.