Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE di tunda ke bulan Oktober – kekurangan bekalan cip


Kekurangan bekalan cip pemprosesan telah memberikan kesan kepada banyak syarikat dan ianya juga termasuk bagi Samsung yang kini terpaksa menunda pelancaran Samsung Galaxy S21 FE.

Samsung sebelum pernah menafikan dakwaan bahawa pelancaran Samsung Galaxy S21 FE akan ditunda namun laporan terbaru dari Korea Selatan mendakwa pelancaran rasmi telah ditunda dari bulan Ogos ke bulan Oktober dan dengan kuantiti yang terhad.

Samsung Galaxy S21 FE adalah telefon pintar yang dilancarkan selepas menyaksikan sambutan positif Galaxy S20 FE dimana ianya hadir sebagai satu peranti flagship pada harga yang lebih berpatutan.

Selain itu, masalah kekurangan bekalan cipset ini juga telah memberikan kesan kepada Galaxy Note Series yang dijangka tidak akan dilancarkan tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.