Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y12A kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 529 sahaja

Vivo Y12A kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 529 sahaja 5
Vivo secara rasminya telah mengumumkan bahawa Vivo Y21A akan ditawarkan di Malaysia mulai 26 Jun ini pada harga RM 529 sahaja.

Vivo Y12A merupakan model terbaru didalam Vivo Y Series yang tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan sistem dwi-kamera AI.

Vivo Y12A hadir dengan skrin paparan Halo FullView berukuran 6.51-inci dengan resolusi HD+.

Vivo Y12A kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 529 sahaja 6
Dari segi spesifikasi dalaman, Vivo Y12A hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 439, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Vivo Y12A juga hadir sensor utama 13MP dan sensor 2MP serta kamera selfie 8MP.

Selain itu, Vivo Y12A juga hadir dengan sensor capjari dibahagian sisi, optimasi Multi-Turbo 3.0 dan pengecasan pantas 10W dan pengecasan reverse charging 5W.

Vivo Y12A akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Phantom Black dan Mint Green pada harga RM 529 sahaja.

Vivo Y12A akan ditawarkan di stor konsep vivo , pengedar rasmi , vivo E-store, dan stor flaghsip vivo di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.