Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini di Malaysia pada harga dari RM 3,299

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini di Malaysia pada harga dari RM 3,299 1

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini di Malaysia pada harga dari RM 3,299 2
Lenovo secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar gaming terbaru syarikat iaitu Lenovo Legion Duel 2 kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 3,299.

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini di Malaysia pada harga dari RM 3,299 3

Lenovo Legion Phone Duel 2 hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED berukuran 6.92-inci yang mempunyai kadar segar semula 144Hz dan 720Hz touch sampling rate. Skrin ini juga dilengkapi pemproses AI Pixelworks i6 yang menawarkan pengalaman visual premium dan vivid.

Selain itu, Lenovo Legion Phone Duel 2 juga hadir dengan cip Snapdragon 888 yang dipadankan dengan dua kapasiti RAM LPDDR5 iaitu 12GB atau 16GB manakala storan dalaman adalah 256GB atau 512GB jenis UFS 3.1.

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini di Malaysia pada harga dari RM 3,299 4

Lenovo Legion Phone Duel 2 juga memiliki bateri berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W yang mampu mencapai pengecasan penuh didalam masa 30 minit sahaja.

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini di Malaysia pada harga dari RM 3,299 5

Pada bahagian kamera, Lenovo Legion Phone Duel 2 tampil dengan sensor utama 64MP dan sensor ultrawide 16MP manakala kamera selfie adalah 44MP jenis pop-up pada bahagian sisi dan dilihat lebih sesuai untuk melakukan penstriman permainan video.

Lain-lain spesifikasi Lenovo Legion Phone Duel 2 adalah sistem penyejukan ATA 2.0, 8 kekunci virtual dan Dual HaptiX.

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini ditawarkan di Malaysia melalui Lenovo Exclusive Stores (LES) dan stor rasmi di Lazada dan Shopee pada harga seperti berikut :

Lenovo Legion Duel 2 12/256GB – RM 3,299

Lenovo Legion Duel 2 16/512GB – RM 3,899

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini di Malaysia pada harga dari RM 3,299 6Selain itu, pelanggan Maxis dan Hotlink pula juga akan menerima Lenovo 500 Bluetooth In-Ear bernilai RM 189. 

Lenovo Legion Phone Duel 2 ini juga hadir dengan waranti satu tahun (Pick-Up Warranty).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.