Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Astro bakal menawarkan penstriman Netflix terus dari Ultra Box dan Ulti Box

Astro bakal menawarkan penstriman Netflix terus dari Ultra Box dan Ulti Box 1

Astro bakal menawarkan penstriman Netflix terus dari Ultra Box dan Ulti Box 2
Astro secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan satu lagi platform penstriman popular iaitu Netflix.

Kerjasama Astro dan Netflix ini dijangka membolehkan pelanggan Astro menikmati kandungan Netflix terus pada televisyen mereka dengan menggunakan UltraBox atau UltiBox.

Selain itu, seperti langganan Disney+ Hotstar, pelanggan Astro akan mempunyai kemudahan untuk melanggan Netflix dibawah akaun Astro mereka tanpa perlu membuat langganan berasingan.

Walaubagaimanapun sehingga kini Astro belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai langganan Netflix ini namun ianya telah membuka pendaftaran minat bagi pelanggan.

Langganan Netflix melalui Astro juga membolehkan anda menikmati kandungan Netflix pada resolusi 4K secara terus pada televisyen anda walaupun ianya bukan Smart TV.

Daftar Minat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.