Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 2022 mungkin tampil dengan sensor under-display TouchID dan kamera 48MP


Sedang kita menghampiri pelancaran Apple iPhone 2021 yang bakal berlangsung didalam masa kurang 3 bulan sahaja lagi, penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan ramalan bagi Apple iPhone 2022 pula.

Sebagai permulaan, Ming mendakwa bahawa Apple iPhone 2022 akan hadir dengan dua saiz skrin iaitu 6.1-inci dan 6.7-inci namun sebanyak 4 model akan dilancarkan.

Selain itu, nama pemasaran telefon pintar Apple ini dikatakan sebagai iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dengan harga permulaan yang lebih murah.

Lebih penting, Ming mendakwa bahawa model iPhone 2022 akan hadir dengan sensor under-display Touch ID dan sensor utama 48MP pada model Pro.

Selain itu, Apple iPhone 13 Mini akan menjadi model Mini terakhir bagi Apple sebelum ianya dihentikan sepenuh dan keputusan ini diambil selepas prestasi jualan iPhone 12 Mini yang teruk.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.