Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch 3 & Watch 3 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699


HUAWEI Malaysia secara rasminya telah melancarkan HUAWEI Watch 3 Series ke pasaran Malaysia dan ianya akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 25 Jun ini pada harga dari RM 1,699.

HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI Watch 3 Pro akan ditawarkan pada harga RM 1,699 dan RM 2,199 dengan pra-tempahan dibuka dari 25 Jun hingga 6 Julai 2021.

Beralih kepada promosi pra-tempahan yang diumumkan HUAWEI ini, setiap pembelian HUAWEI Watch 3 akan menerima FreeBuds 3i dan tali HUAWEI Easy Fit 2 Distilled Blue Nylon Strap yang bernilai RM 548.

Dalam pada itu, bagi pembelian HUAWEI Watch 3 Pro didalam tempoh pra-tempahan juga akan menerima FreeBuds 3 dan HUAWEI Easy Fit 2 Distilled Blue Nylon Strap yang bernilai RM 828.

Ketahui spesifikasi HUAWEI Watch 3 Series dengan membaca laporan pelancaran jam pintar ini.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 & MatePad Pro 10.8 kini rasmi dengan HarmonyOS 2.0 dan cipset Qualcomm Snapdragon

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.