Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perkhidmatan Penghantaran Makanan ShopeeFood bakal beroperasi di Kuala Lumpur & Selangor tidak lama lagi


Shopee dilihat bakal mengembangkan sayap perniagaanya dengan melancarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan yang dikenali sebagai ShopeeFood tidak lama lagi.

Sebagai permulaan, ShopeeFood akan memulakan operasi di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum ke negeri-negeri lain pada masa hadapan.

Selain itu, ShopeeFood juga memasuki pasaran yang amat kompetitif dimana sektor ini didominasi oleh dua syarikat terkemuka iaitu GrabFood dan FoodPanda.

ShopeeFood kini sudah memulakan pencarian rakan penghantar makanan atau ‘rider’ yang boleh anda mohon di SINI.

Dengan populariti Shopee di Malaysia, ShopeeFood dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakan namun harga makanan dan kos penghantaran sudah pastinya akan dibandingkan dengan GrabFood dan FoodPanda.

ShopeeFood sebelum ini juga telah memulakan operasinya di Indonesia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.