Google telah membuka stor fizikal pertama di New York
Google bulan lalu telah mengumumkan bahawa ianya bercadang membuka stor fizikal pertama di New York dan ianya akan dibuka mulai hari 17 Jun 2021.
Google telah memuatnaik gambar-gambar stor fizikal pertama Google di New York ini melalui blog rasmi mereka yang sedikit sebanyak memberikan kita reka bentuk dan susun atur stor ini.
Google juga menjelaskan bahawa bahan, perabot, dan kelengkapan stor ini adalah yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
Selain itu, pelbagai sudut stor Google ini juga menawarkan pengunjung menguji dan mencuba ekosistem Google dipersekitaran yang selesa seperti dirumah.
Dalam pada itu, stor ini juga ruang kawasan interaktif di mana pelanggan dapat mencuba telefon Pixel terbaru, peranti Pixelbook, serta produk Nest Home dan Fitbit.
Google juga mengesahkan bahawa akan terdapat ruang khas untuk penganjuran bengkel dan majlis.
Selain itu, stor ini juga menempatkan pusat servis peranti Pixel untuk pemulihan dan pembaikan.
Tontoni video dibawah untuk melihat sendiri stor pertama Google di New York ini :
https://youtu.be/m-klCvtE_eE