Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Series mungkin tidak dilancarkan tahun ini


HUAWEI Mate 50 Series mungkin tidak dilancarkan tahun ini

Kita sudah berada di bulan Jun dan sehingga kini HUAWEI masih belum memperkenalkan telefon pintar flagship mereka iaitu HUAWEI P50 Series.

Sebab utama kelewatan ini adalah pelbagai masalah yang dihadapi syarikat ini akibat dari penyenaraian hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu.

Walaubagaimanapun, pada pelancaran HarmonyOS baru-baru ini, HUAWEI telah mengesahkan bahawa pelancaran siri HUAWEI P50 akan berlangsung didalam masa terdekat namun kelewatan ini juga memberikan petunjuk bahawa kita tidak akan menyaksikan pelancaran HUAWEI Mate 50 tahun ini.

Menurut laporan terbaru dari China, HUAWEI tidak akan memperkenalkan flagship Mate Series pada tahun ini.

Keputusan ini diambil adalah kerana HUAWEI mengunakan sepenuhnya sumber terhad mereka kepada HUAWEI P50 dan ini merupakan kali pertama sejak tahun 2013 (tahun pertama Mate Series dilancarkan) kita tidak akan menyaksikan pelancaran HUAWEI Mate Series.

Ini sudah pastinya satu berita yang tidak enak kerana HUAWEI Mate Series terbukti sebagai sebuah peranti yang popular dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.