Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 kini ditawarkan di Singapura

Google Pixel 6 Series telah dilancarkan beberapa bulan lalu namun penawaran telefon pintar ini adalah amat terhad dan setakat ini ianya hanya ditawarkan di 11 negara selepas pelancaran di Sepanyol dan Itali awal bulan ini.

Kini, Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro telah ditawarkan secara rasmi di Singapura iaitu pada harga SGD 999 (RM 3,041) bagi Pixel 6 dan SGD 1,299 (RM 4,036) bagi Pixel 6 Pro.

Walaubagaimanapun, kedua-dua telefon pintar Google Pixel 6 ini hanya ditawarkan didalam varian 128GB dan ianya boleh didapati di Google Store.

Pixel 6 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Stormy Black dan Sorta Seafoam manakala Pixel 6 Pro ditawarkan didalam warna Cloudy White atau Stormy Black.

Setakat ini masih belum harapan untuk melihat Google Pixel 6 Series ditawarkan di Malaysia secara rasmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.