Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook X 15 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 19 Jun ini – harga dari RM 2,299


HONOR Malaysia secara rasminya telah mengesahkan akan memperkenalkan dua model komputer riba siri baru HONOR MagicBook X 15 pada 19 Jun ini dengan harga dari RM 2,299 sahaja.

Kehadiran HONOR MagicBook X 15 akan membantu membina strategi ekosistem HONOR yang dikenali sebagai 1+8+N sebelum HONOR 50 memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

HONOR MagicBook X 15 hadir dengan kerangka badan logam yang ringan dan nipis dan ianya hadir di dalam warna Space Gray dengan berat hanya 1.56kg manakala ketebalan adalah 16.9mm.

Honot MagicBook X 15 juga dilengkapi skrin paparan FHD berukuran 15.6 inci dengan bezel berukuran 5.3mm di sisi kiri dan kanan serta nisbah skrin kepada rangka 87%.


HONOR MagicBook X 15, ianya dipadankan pemproses Generasi ke-10 Intel Core yang dipadankan dengan 8GB Dual-Chanel DDR4 RAM dan storan NVMe SSD sehingga 512GB.

Selain itu, Honor MagicBook X 15 juga hadir dengan batari berkapasiti 42Wh yang juga disertakan dengan pengecasan 65W yang mampu mengecas bateri ke tahap 53% dalam masa 30 minit sahaja.

Lain-lain ciri yang dimiliki oleh Honor MagicBook X 15 adalah butang kuasa dengan sensor capjari, fungsi Multi Screen dan banyak lagi.

HONOR MagicBook X 15 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 19 Jun ini.

Hadiah percuma menarik juga menanti bakal pembeli terawal siri komputer riba HONOR MagicBook X 15 di stor fizikal HONOR Experience Stores, Shopee HONOR Official Store dan penjual sah HONOR di seluruh negara.

Berikut adalah harga Honor MagicBook X 15 berserta hadiah percuma :

Honor MagicBook X 15 Intel Core 10th Gen i3  (8/256GB) – percuma Beg galas komputer riba HONOR bernilai RM179

Honor MagicBook X 15 Intel Core 10th Gen i5 (8/512GB) -percuma Beg galas komputer riba HONOR dan tetikus Bluetooth wireless bernilai RM228

Untuk maklumat lanjut mengenai produk HONOR, sila layari   Shopee HONOR Official Store , Facebook HONOR Malaysia & Laman HONOR Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.