Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Book dan realme Pad di acah pada pelancaran realme GT 5G – akan tiba tidak lama lagi

realme Book dan realme Pad di acah pada pelancaran realme GT 5G - akan tiba tidak lama lagi 7
Pada pelancaran global realme GT 5G malam tadi, realme juga telah memberikan kita sedikit gambar dua produk baharu yang akan dilancarkan oleh syarikat ini tidak lama lagi.

realme GT 5G kini rasmi untuk pasaran global – Skrin 120Hz AMOLED & Snapdragon 888 dengan GT Mode
Portfolio produk realme akan ditambah dengan dua kategori produk baharu iaitu komputer riba dan tablet.

realme Book dan realme Pad di acah pada pelancaran realme GT 5G - akan tiba tidak lama lagi 8
Komputer riba pertama realme ini akan dikenali sebagai realme Book manakala tablet pertama syarikat ini pula akan dikenali sebagai realme Pad.

Pada pentas pelancaran ini, realme juga memaparkan komputer riba realme Book yang masih berada ditahap konsep namun reka bentuk komputer riba dilihat berinspirasikan reka bentuk Macbook dan didalam warna silver.

realme Book dan realme Pad di acah pada pelancaran realme GT 5G - akan tiba tidak lama lagi 9

Walaubagaimanapun, selain daripada nama rasmi ini, realme tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai kedua-dua produk ini.

Pelancaran realme Book dan realme Pad dijangka akan berlangsung didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.