Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Facebook Smartwatch akan dilancarkan pada tahun 2022 dengan dua kamera

Jam Facebook Smartwatch akan dilancarkan pada tahun 2022 dengan dua kamera 1

Jam Facebook Smartwatch akan dilancarkan pada tahun 2022 dengan dua kamera 2
Berdasarkan laporan terbaru daripada The Verge, Facebook dilihat semakin pasti akan memasuki pasaran jam pintar dengan pelancaran Facebook Smartwatch tidak lama lagi (nama tidak rasmi).

Jam pintar pertama syarikat gergasi media sosial ini dikatakan akan mempunyai dua unit kamera ‘plug & play’ yang boleh dipasang apabila pengguna mahu mengambil gambar atau video yang kemudianya boleh dikongsi terus ke aplikasi Facebook atau mana-mana aplikasi sosial media lain milik syarikat ini (Instagram, WhatsApp dan Messenger).

Kamera Facebook Watch ini akan berada dibahagian hadapan yang digunakan untuk panggilan video manakala kamera belakang pula boleh digunakan untuk merakam video 1080p.

Selain itu, jam pintar pertama Facebook ini juga akan menawarkan pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan yang termasuk bacaan kadar degupan jantung (heart rate).

Dalam pada itu, Facebook Watch juga akan hadir dengan sokongan LTE yang membolehkanya berfungsi sendiri tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar dan ianya turut dikatakan akan hadir didalam tiga warna iaitu putih,hitam dan emas.

Jam pintar Facebook ini dijangka memasuki pasaran pada tahun 2020 dengan harga sekitar $400 (RM 1,647).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.