Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 FE akan hadir dengan harga yang lebih rendah – 5 pilihan warna

Samsung Galaxy S21 FE akan hadir dengan harga yang lebih rendah - 5 pilihan warna 5Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S21 FE tidak lama lagi susulan kejayaan Galaxy S20 FE.

Selain itu, Ketika pelancaran Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 888 yang dipadankan 6 atau 8GB dan skrin paparan AMOLED 120Hz.

Evan Blass, leakster terkenal juga baru-baru ini telah mendedahkan sepenunya reka bentuk Galaxy S21 FE dan ianya akan hadir didalam 5 warna dengan reka bentuk yang hampir sama seperti model Galaxy S21 yang lain.

Samsung Galaxy S21 FE akan hadir dengan harga yang lebih rendah - 5 pilihan warna 6

Samsung Galaxy S21 FE ini akan hadir didalam warna green, white, blue, violet dan grey dengan penggunaan plastik polikarbonat yang mempunyai nama pemasaran glasstic.

Selain itu, terdapat juga laporan bahawa Galaxy S21 FE akan dilancarkan pada harga jualan yang lebih murah berbanding Galaxy S20 FE.

Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan berlangsung pada suku keempat tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.