Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 15 : Anda masih boleh mengesan iPhone anda yang hilang walaupun ianya dimatikan atau di ‘factory reset’


Apple telah mengumumkan sistem operasi iOS 15 yang sekali lagi lebih memfokuskan kepada penambahbaikan dalaman berbanding perubahan drastik pada UI.

Selain itu, keselamatan dan privasi juga merupakan aspek yang sangat diberikan perhatian dan iOS 15 akan hadir dengan ciri terbina pada aplikasi Find My yang membolehkan anda mengesan telefon pintar anda walaupun ianya telah dipadamkan atau di lakukan’factory reset’.

Jika terjadi sebarang insiden anda kehilangan iPhone dan ianya telah dipadamkan serta merta, iPhone anda masih mampu menghantar isyarat lokasi kepada peranti iOS yang berhampiran dan seterusnya kepada aplikasi Find My anda.

Fungsi seperti Apple AirTag ini dikatakan mampu berfungsi untuk tempoh beberapa jam selepas iPhone dipadamkan atau terpadam yang meningkatkan kemungkinan anda menjumpai iPhone anda.

Apple iOS 15 kini rasmi – berikut adalah senarai model iPhone yang akan menerima iOS baharu ini

Selain itu, Apple juga berkata bahawa penghantaran lokasi terkini iPhone yang hilang akan masih berfungsi walaupun telefon pintar ini telah dilakukan ‘factory reset’ dengan kod aktivasi di hidupkan.

Walaubagaimanapun jika anda tidak mahu ciri ini, ianya boleh dinyahaktifkan pada bahagian tetapan dan aplikasi Find My.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.