Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 10 5G dengan Dimensity 700 kini ditawarkan melalui Xiaomi Partner Store yang terpilih

Xiaomi Redmi Note 10 5G dengan Dimensity 700 kini ditawarkan melalui Xiaomi Partner Store yang terpilih 7

Xiaomi Redmi Note 10 5G yang telah mula ditawarkan di Malaysia mendapat sambutan yang sangat baik apabila kesemua stok bagi telefon pintar telah habis terjual di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Xiaomi Redmi Note 10 5G ini hadir dengan skrin paparan 90Hz DotDisplay berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Dimensity 700, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB jenis UFS 2.2.

Xiaomi Redmi Note 10 5G juga hadir dengan sensor utama 48MP, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP.

Selain itu, Redmi Note 10 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan sokongan dwi-SIM 5G.

Xiaomi Redmi Note 10 5G kini ditawarkan pada harga RM 799 sahaja dan boleh dibeli diĀ Xiaomi Partner Store yang terpilih.

Xiaomi Redmi Note 10 5G dengan Dimensity 700 kini ditawarkan melalui Xiaomi Partner Store yang terpilih 8

Xiaomi Redmi Note 10 5G dengan Dimensity 700 kini ditawarkan melalui Xiaomi Partner Store yang terpilih 9

Untuk tempoh terhad, setiap pembelian Redmi Note 10 5G akan menerima Redmi Note 10 5G T-Shirt (pembelian offline sahaja ), Mi True Wireless Earbuds Basic 2 dan 6-bulan waranti bagi skrin iaitu bagi pembelian sebelum 28 Ogos 2021 atau sementara stok masih ada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.