Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Kamera Honor 50 Series didedahkan secara rasmi


Honor sebelum ini telah mengesahkan bahawa Honor 50 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Jun ini dan kini gambar teaser rasmi daripada syarikat ini telah mendedahkan reka modul kamera yang dimiliki telefon pintar ini.

Model Honor 50 yang ditunjukkan didalam gambar tersebut hampir pasti adalah Honor 50 Pro+ yang merupakan model paling premium didalam keluarga Honor 50 Series.


Selain itu, kamera utama telefon pintar ini dikatakan adalah sensor utama 108MP bersama-sama tiga lagi sensor yang diletakkan pada bulatan bawah modul kamera ini.

Dalam pada itu, Honor 50 Series juga akan hadir dengan reka bentuk skrin paparan Hypercurved,  pengecasan pantas 100W dan pemproses Snapdragon 888 ( pada Honor 50 Pro dan Honor 50 Pro+).

Selain itu, Honor 50 Series juga dijangka akan hadir dengan Google Mobile Services yang akan menjadikanya sebuah model yang lebih diminati dipasaran antarabangsa.

Apa pun segala persoalan mengenai Honor 50 Series ini akan terjawab pada minggu hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.