Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Series mungkin akan ditawarkan didalam warna oren sebagai warna baharu


Bagi setiap generasi iPhone, Apple akan memperkenalkan satu warna baharu dan warna yang dipilih oleh syarikat ini bagi iPhone 2021 mungkin adalah warna oren.

Satu lakaran Ian Zelbo telah mendedahkan Apple iPhone 13 didalam warna oren yang kelihatan mempunyai kemasan yang terang dan berkilat.

Selain itu, Apple juga suka memberikan warna yang lebih terang pada model bukan Pro manakala model Pro pula hadir dengan kemasan warna yang lebih premium dan malap.

Sebagai contoh, iPhone 12 dan iPhone 12 Mini tampil didalam warna yang lebih terang manakala iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pula tampil didalam warna Pacific Blue.

Jika lakaran ini tepat, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max mungkin menerima warna oren yang lebih premium seperti warna gangsa.

Selain daripada warna, Apple iPhone 13 dijangka akan tampil dengan reka bentuk yang hampir serupa kecuali notch yang lebih kecil dan modul kamera yang lebih besar.

Selain itu, Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max juga dijangka akan beralih kepada penggunaan skrin paparan ProMotion 120Hz.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.