Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Astro melancarkan platform penstriman percuma Sooka – pelan VIP bermula dari RM 15.90 sahaja

Syarikat televisyen berbayar Astro secara rasminya telah meancarkan platform penstriman terbaru mereka iaitu Sooka yang menawarkan pelbagai kandungan menarik termasuk sukan.

Sooka menawarkan pengguna kandungan berbayar dan percuma pada peranti mudah alih yang semakin popular dipasaran Malaysia.

Bertujuan untuk merapatkan jurang dalam ketersediaan dan aksesibiliti kandungan tempatan yang disukai oleh milenium, sooka berada di landasan yang tepat untuk menghasilkan lebih banyak kandungan tempatan yang relevan, dan menjadikannya lebih mudah diakses.

Selain kandungan percuma, Sooka juga menawarkan dua pelan iaitu VIP + Sports pada harga RM 41.90 (promosi sekarang RM 15.90 sahaja) dan VIP Entertainment Plan pada harga RM 15.90.

Bersempena dengan kejohanan bola sepak EURO 2020 yang bakal bermula beberapa hari lagi, Sooka menawarkan promosi pelan VIP + Sports yang membolehkan anda menonton kesemua 51 perlawanan secara langsung atau membeli secara ala carte pada harga RM 7.90 bagi setiap pas perlawanan.

Selain itu, antara kandungan sukan secara langsung yang akan ditawarkan pada Sooka adalah UEFA EURO 2020, Kejuaraan Dunia BWF, Liga Perdana Inggeris, Moto GP, Kejuaraan Formula 1, Wimbledon Grand Slam, dan banyak lagi.

Bagi program hiburan tempatan pula, anda kini boleh menonton program seperti  Projek: Anchor SPM, Rindu Awak Separuh Nyawa, Jebat, Scammer, The Maid, Ahli Bapak-Bapak Club, dan Curi-curi Cinta.

Muat turun Sooka di Google PlayStore

Muat turun Sooka di Apple AppStore

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.