Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan Disney+ Hotstar Tahunan dan Bulanan yang lebih murah juga tersenarai namun masih belum ditawarkan

*kemaskini : pihak Disney+ Malaysia telah menghubungi kami dan menjelaskan bahawa harga pelan Disney+ Hotstar Monthly dan Annually yang disenaraikan di Apple App Store adalah untuk pasaran Indonesia.

Mulai 1 Jun 2021, satu lagi platform penstriman terkemuka iaitu Disney+ Hotstar secara rasminya telah memulakan siaran di Malaysia dan Astro juga telah dilantik sebagai pengedar rasmi.

Jika anda bukan pelanggan Astro, Disney+ Hotstar ini boleh dilanggan pada harga RM 54.90 untuk tempoh 3 bulan langganan dan ianya adalah satu-satunya pakej yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.


Walaubagaimanapun tinjauan pengguna di Aplikasi Disney+ Hotstar untuk peranti Apple mendapati bahawa terdapat tiga pelan yang disenaraikan di ruang ‘In-App Purchases’ iaitu Disney+ Hostar Quaterly pada harga RM 54.90, Disney+ Hotstar Monthly pada harga RM 11.90 dan Disney+ Annually pada harga RM 62.90.

Dalam pada itu, Disney+ Hotstat tidak menawarkan ketiga-tiga pakej langganan ini ketika pelancaran sebaliknya hanya menawarkan pakej Disney+ Hostar Quaterly yang merupakan pakej termahal pada harga purata RM 18.30 sebulan.

Dua pakej lain, iaitu Disney+ Hotstar Monthly dan Disney+ Hotstar Annually masih belum ditawarkan kepada pengguna di Malaysia dan ianya mungkin ditawarkan kepada pengguna pada masa hadapan.

Sebagai perbandingan, pelan Disney+ Hotstar Annually mempunyai purata kos langganan bulanan yang terendah iaitu hanya RM 5.24 sebulan dan hampir sama yang ditawarkan kepada pelanggan Astro Movie Pack (hanya tambahan RM 5 sebulan).

Disney+ Hotstar kini mula bersiaran di Malaysia – Hanya RM 5 sebulan untuk pelanggan Astro Movie Pack

Setakat ini, Disney+ Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.