Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Proses Pengeluaran Samsung Galaxy Z Fold3 kini sudah bermula -pelancaran mungkin pada Julai 2021


Selepas hangat diperkatakan sejak beberapa bulan, Samsung kini dilaporkan sudah memulakan proses pembuatan komersial bagi Samsung Galaxy Z Fold3.

Leakster Roland Quandt telah melaporkan bahawa syarikat gergasi Samsung telah mula menyiapkan stok sebelum pelancaran rasmi telefon pintar flagship foldable yang dikatakan mungkin berlangsung bulan hadapan.

Selain itu, laporan ini juga mendakwa bahawa Samsung mengambil langkah berjaga-jaga dengan Galaxy Z Fold3 apabila hanya mengeluarkan jumlah unit yang terhad.

Selain itu, proses pengkilangan Galaxy Z Flip3 pula masih belum bermula namun pelancaran kedua-dua telefon pintar ini dijangka berlangsung serentak.

Menyentuh sedikit pada spesifikasi Galaxh Z Fold3, ianya akan hadir demhan skrin paparan utama LTPO AMOLED 120Hz berukuran 7.55-inci yang menyokong input S Pen dan terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa satu sensor kamera selfie 16MP Sony IMX 471 akan diletakkan dibawah skrin ini.

Selain itu, skrin paparan kedua Galaxy Z Fold3 juga akan memiliki satu kamera selfie 10MP manakala kamera dibahagian belakang dikatakan akan sama seperti generasi sebelum ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.