Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple AirTag kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 129 sahaja


Alat pengesan Apple AirTag kini boleh dibeli melalui pengedar rasmi Apple di Malaysia dan anda boleh mendapatkanya didalam pek 1 unit atau pek 4 unit.

Dua pengedar rasmi yang kini menawarkan kedua-dua pek Apple AirTag adalah Machines dan Switch iaitu pada harga RM 129 bagi 1 unit dan RM 459 bagi pek yang mengandungi 4 unit AirTag.

Dalam pada itu, pek 4 unit Apple AirTag ini ditawarkan pada harga promosi terhad iaitu hanya RM 459 (penjimatan sebanyak RM 57).

Apple AirTag kini boleh dibeli melalui stor atas talian Switch di Lazada dan Shopee

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Apple AirTag di Machines Online Store

Memandangkan mulai 1 Jun, kerajaan telah mengumumkan ’total lockdown’, kami menggalakan anda membeli secara online sahaja.

Jika anda berminat mendapatkan perkhidmatan ukiran percuma pada AirTag, anda boleh mendapatkanya di Apple Online Store namun hanya pek 1 unit ditawarkan buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.