Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Max 5G kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & cip Dimensity 1200 – harga dari RM 1,543

realme secara rasminya telah melancarkan realme X7 Max 5G dan telefon pintar ini akan memasuki pasaran India sebelum ke pasaran lain didalam masa terdekat.

realme X7 Max 5G merupakan versi antarabangsa realme GT Neo yang diperkenalkan di China beberapa bulan lalu.


Terus kepada spesifikasi, realme X7 Max 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dan ianya memiliki kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan skrin 360Hz.

Selain itu, Dimensity 1200 pada realme X7 Max 5G ini juga dipadankan dengan dua kapasiti RAM iaitu 8GB atau 12GB (LPDDRX4) manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB (UFS 3.1).

Beralih kepada bahagian kamera, realme X7 Max 5G  juga akan menampilkan tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP jenis punch-hole.

Selain itu, realme X7 Max 5G memiliki bateri 4,500mAh yang sama seperti realme GT 5G tetapi dengan sokongan pengecasan pantas 50W.


Selain itu, realme juga dilihat memfokuskan kepada gamers dan telefon pintar ini memiliki dua plat grafit serta satu sistem penyejukan cecair pada bahagian komponen telefon pintar ini.

Lain-lain spesifikasi realme X7 Max 5G adalah realme UI 2.0, Wi-Fi 6 dan pembesar suara stereo Dolby Atmos.

realme X7 Max akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Mercury Silver, Asteroid Black dan Milky Way pada harga seperti berikut :

realme X7 Max 5G – INR 26,999 (RM 1,543)

realme X7 Max 5G – INR 29,999 (RM 1,715)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.