Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan menjadi pembekal utama panel skrin OLED LTPO 120Hz bagi Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max

Samsung akan menjadi pembekal utama panel skrin OLED LTPO 120Hz bagi Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max 1
sumber @iPadizate

Samsung telah membekalkan panel skrin bagi iPhone sejak sekian lama dan kemajuan teknologi skrin syarikat gergasi Korea ini membolehkan ianya memeterai perjanjian untuk membekalkan 80 juta unit panel skrin OLED LTPO 120Hz bagi Apple iPhone 13 Pro dan Apple iPhone 13 Pro Max.

Selain itu, panel OLED LTPO 120Hz nampaknya hanya akan digunakan pada model Apple iPhone 13 Pro dan Apple iPhone 13 Pro Max sahaja manakala bagi model iPhone 13 dan iPhone 13 Mini, ianya akan menggunapakai panel OLED yang dibekalkan oleh  LG dan BOE.

Memandangkan penjualan model-model iPhone 12 tidak akan dihentikan buat masa ini, permintaan bagi panel OLED dijangka akan kekal kukuh dimana Samsung akan membekalkan 120 juta panel OLED diikuti LG Display dengan 50 juta unit dan BOE membekalkan 9 juta unit.

Selain itu, proses pengkilangan panel OLED yang baharu ini telah bermula lebih awal yang memberikan petunjuk bahawa pelancaran iPhone 13 Series akan berlangsung seperti tahun-tahun sebelum ini (kecuali tahun 2020) iaitu pada bulan September.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.