Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cipset Qualcomm Snapdragon 888+ telah dikesan di Geekbench – pelancaran mungkin pada Julai

Cipset Qualcomm Snapdragon 888+ telah dikesan di Geekbench - pelancaran mungkin pada Julai 5
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Qualcomm sentiasa memperkenalkan dua cipset flagship yang mana cip flagship pertama akan diumumkan pada Disember sebelum cip versi ‘plus’ diumumkan pada bulan Julai.

Ini bermaksud, kita semakin hampir menyaksikan pelancaran Snapdragon 888+ dan cipset ini kini telah melalui ujian prestasi di Geekbench.

Dalam pada itu, perubahan terbesar yang boleh dilihat pada versi Snapdragon 888+ adalah prestasi teras X1 yang kini mencapai 3.0GHz berbanding hanya 2.84Ghz pada Snapdragon 888.

Cipset Qualcomm Snapdragon 888+ telah dikesan di Geekbench - pelancaran mungkin pada Julai 6

Selain itu, ujian ini juga mendedahkan bahawa terdapat 4 teras Cortex A55 beroperasi pada kelajuan 1.8GHz dan 3 teras Cortex-A78 pada kelajuan 2.4GHz.

Dengan ini, Snapdragon 888+ telah memperoleh 1,711 mata bagi ujian satu teras manakala mata bagi ujian multi-core pula adalah 3,704.

Buat masa ini masih belum ada maklumat tambahan mengenai perubahan lain pada Snapdragon 888+ namun cipset ini juga akan menawarkan kelajuan GPU yang lebih tinggi.

Jika tepat, pelancaran Snapdragon 888+ ini pada bulan Julai mungkin menyaksikan Samsung menjadi antara pengguna pertama cipset ini melalui Samsung Galaxy Note21 Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.