Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 8 Flip dan Asus Zenfone 8 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,699

Asus secara rasminya telah melancarkan Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 ke pasaran Malaysia dan ianya kini ditawarkan pada harga dari RM 2,699 sahaja.

Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 kini memasuki pasaran Malaysia selepad pelancaran Asus ROG Phone 5 baru-baru ini.


Asus Zenfone 8 Flip

Asus Zenfone 8 Flip adalah telefon pintar yang hadir dengan kamera flip sesuai dengan namanya dan ianya hadir dengan skrin paparan Samsung all-screen AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Dalam pada itu, skrin paparan ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla 6 dan terdapat juga sensor capjari terbina dalam skrin.

Dari segi cip pemprosesan, Asus Zenfone 8 Flip hadir dengan cip flagship terbaik dipasaran iaitu Snapdragon 888 yang dipadankan dengan 8GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1 

Beralih kepada kamera berputar Zenfone 8 Flip, ianya menampilkan tiga sensor kamera iaitu satu sensor utama 64MP Sony IMX686, satu sensor ultrawide 12MP Sony IMX 363 yang juga menyokong mod makro dan sensor telefoto 8MP.

Memandangkan modul kamera ini berputar, Asus Zenfone 8 Flip tidak mempunyai kamera selfie namun anda mempunyai kemudahan menggunakan sensor kamera utama telefon pintar ini sebagai kamera selfie.

Pada bahagian bateri pula, Asus Zenfone 8 Flip tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang dilengkapi dengan pengecasan pantas (30W) QC 4.0 dan PD Charging.

Lain-lain spesifikasi Asus Zenfone 8 Flip adalah Wi-Fi 6E (tri-band 2.4GHz/5.0GHz/ 6.0GHz WiFi), Bluetooth 5.2, NFC, Dual 5G dan satu slot MicroSD yang menyokong tambahan 2TB dan ZenUI 8 yang berasaskan Android 11.

Asus Zenfone 8 Flip akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Galatic Black dan Glasier Silver pada harga RM 2,999.

Asus Zenfone 8

Asus Zenfone 8 adalah model flagship yang lebih kompak dan pada beberapa aspek lebih baik dari Zenfone 8 Flip.

Seperti Zenfone 8 Flip, Asus Zenfone 8 juga memiliki cip pemprosesan Snapdragon 888 dan modul kamera yang sama namun tanpa sensor telefoto.

Bercakap memgenai skrin paparan, Asus Zenfone 8 hadir dengan panel Samsung AMOLED berukuran 5.9-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz.

Panel skrin ini menawarkan resolusi FHD+ dan ianya juga turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus. Terdapat juga kamera selfie punch-hole 12MP Sony IMX663.

Selain itu, pemproses Snapdragon 888 ini dipadankan dengan 3 kapasiti RAM jenis LPDRR5 iaitu 6GB,8GB dan 16GB manakala storan dalaman adalah 64GB(UFS2.1), 128GB dan 256GB menggunakan jenis UFS 3.1 yang lebih pantas.

Asus Zenfone juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas (30W) Quick Charge 4.0 dan PD Charging.

Akhir sekali, Asus Zenfone 8 tampil dengan WiFi 6E, Tri-Band WiFi, Bluetooth 5.2, ZenUI 8 berasaskan Android 11 dan sensor capjari dalam skrin.

Asus Zenfone 8 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Obsidian Black dan Horizon Silver.

Harga dan Promosi Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8

Asus Zenfone 8 Flip akan ditawarkan didalam varian 8/256Gb pada harga RM 2,999 dan pembelian kini boleh dilakukan di ASUS Digital Stores & wakil pengedar rasmi.

Beli Asus Zenfone 8 Flip di Shopee

Asus Zenfone 8 pula akan ditawarkan didalam dua varian iaitu versi 8/128GB pada harga RM 2,699 manakala versi 16/256GB yang ditawarkan secara eksklusif di Shopee pula akan ditawarkan pada harga RM 3,299.

Beli Asus Zenfone 8 8/128GB di Shopee
Beli Asus Zenfone 8 16/256GB di Shopee


Asus juga akan menawarkan SolidSuit Case bagi pembelian Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 dari 28 Mei sehingga 11 Jun 2021.

Selain itu, Asus juga menawarkan rebat tunai bernilai RM 200 apabila anda ’trade-in’ Asus Zenfone untuk membeli Zenfone 8 series ini iaitu mulai 28 Mei hingga 25 Jun 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.