Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

University e-LEAGUE (UEL) Diumumkan di Malaysia Bagi Musim 2021 – hadiah bernilai RM 20,000 untuk dimenangi


Esports Business Network (EBN) dan Prime Sports International (PSI) telah mengumumkan kerjasama bagi melancarkan University e-League (UEL) yang pertama, iaitu sebuah liga e-sukan varsiti seluruh negara.

Pertandingan University e-League (UEL) ini dijadualkan akan berlangsung pada 4 Julai sehingga 12 September 2021 dan ianya akan menyaksikan penyertaan melebihi 300 pasukan e-sukan universiti bagi merebut empat kejuaraan yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM 20,000.

University e-League (UEL) juga akan disiarkan secara online, liga ini akan memaparkan beberapa kejuaraan yang menarik termasuk Mobile Legends: Bang Bang, League of Legends, League of Legends: Wild Rift dan Valorant.

Menerajui usaha bersama untuk memperkasa para pelajar adalah penaja rasmi UEL yang merangkumi MSI dan SEGi University & Colleges, serta beberapa penaja lain akan diumumkan dalam masa terdekat.

Para pelajar dari universiti awam dan swasta dari seluruh Malaysia dijemput untuk menyertai UEL dan tempoh pendaftaran terbuka di seluruh negara mulai 14 Jun 2021.

Seiring dengan pertandingan tersebut, UEL juga menawarkan tambahan laluan praktikal bagi peminat e-sukan yang berhasrat memulakan kerjaya di dalam e-sukan.

Pakatan antara PSI dan EBN menawarkan tempat bernilai bagi para pelajar dengan membuka pintu kepada program amali, bengkel dan pengalaman sambil bekerja di dalam organisasi mereka.

Para pelajar dari universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia dialu-alukan untuk menyertai UEL dan program-program sokongannya.

Jawatankuasa Pendaftaran juga telah ditubuhkan bagi mengendalikan pendaftaran dan pasukan yang berminat digalakkan mengemukakan permohonan mereka menerusi laman web rasmi pada 14 Jun 2021 bagi menjamin tempat mereka di dalam pertandingan sulung ini.

Untuk berita terkini dan maklumat mengenai UEL, sila layari http://www.universityeleague.com/ atau @UELMY di Facebook.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.