Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch 2 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 29 Mei – RM 299


realme Watch 2 Pro yang dilancarkan awal bulan ini akan mula ditawarkan untuk pembelian mulai 29 Mei 2021 pada harga RM 299.

realme Watch 2 Pro adalah satu lagi model jam pintar daripada realme selepas pelancaran realme Watch 2 di Malaysia baru-baru ini.

Ianya hadir dengan skrin paparan 1.75-inci, 90 mod sukan dan juga memiliki GPS terbina (high-precision dual satelite).

Selain itu, realme Watch 2 Pro juga mempunyai bateri berkapasiti 390mAh yang menawarkan sehingga 14 hari penggunaan, bacaan SpO2, bacaan heart rate dan kalis air IP68.

realme Watch 2 Pro ini akan dijual di semua stor pengedar rasmi realme.

realme Watch 2 Pro akan ditawarkan didalam warna Space Grey dan Metallic Silver.

beli realme Watch 2 Pro di realme Authorised Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.